Owner Post SWEETHEART Follow Dash



Aiyra's Story
Not Just A Blog

AWESOME ME (:


Holla Readers !
AIYRA I JOHOREAN I HRS I UiTM KBM Strictly No LOVE b4 MARRIED
You are Never too OLD to Set Another Goal or to Dream a New Dream
You have to learn the rules of the game. And then you have to play better than anyone else.
Enjoy Your Day (:

Just A Quote

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
[Live Life To The Fullest Because Every Moment Is Precious]
[http://itsaiyralife.blogspot.com]


Skins by: ZieyrAiyra
Do's : Leave Your Footprint,Click FOLLOW Button
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Dont's : Curi Copyright Saya (:

conjiunctivitis :'(

Apakah maksud radang selaput mata (conjunctivitis)?
Selaput mata (conjunctiva) ialah selaput lutsinar yang melitupi mata putih dan kelopak mata. Radang selaput mata (conjunctivitis) ialah selaput mata yang sakit atau merah. Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh kuman (bacteria atau virus) atau alahan.
Tanda-tanda dan gejala
Ini adalah bergantung kepada sebab-sebab radang selaput mata.
Radang selaput mata yang disebabkan oleh bakteria:
  • Mata merah
  • Discaj Pekat (thick discharge)
  • Kelopak mata melekat
  • Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain
  • Selalunya berlarutan selama seminggu
Radang selaput mata yang disebabkan oleh virus:
  • Mata merah
  • Discaj cair (slight watery discharge)
  • Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain
  • Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih
Radang selaput mata yang disebabkan oleh alahan:
  • Mata merah
  • Gatal mata, kadangkala gatal hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis)
  • Mata berair dan pedih
  • Mata sentiasa berair
  • Kedua belah mata sakit pada masa yang sama
  • Boleh berlanjutan buat masa yang lama
Apakah rawatan penyakit ini?Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab penyakit ini dan mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Radang selaput mata disebabkan oleh bakteria:
  • Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan "ointment" secara lebih kerap.
  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu
Radang selaput mata disebabkan oleh virus:
  • Tidak memerlukan rawatan yang khas
  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu
Radang selaput mata disebabkan oleh alahan:
  • Ia mungkin keadaan yang kronik
  • Memerlukan ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal
Cara-cara lain :
  • Cuci atau lap mata dengan air suam, samada air biasa atau air yang telah dilarutkan dengan sedikit garam
  • Elakkan kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang
Cara-cara mengelakkan jangkitanRadang yang disebabkan oleh bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan:
  • Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti
  • Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata
  • Elakkan tempat yang sesak atau menghantar anak ke sekolah / pusat penjagaan kanak-kanak selagi mata anak anda masih merah atau berair
  • Jangan berkongsi tuala muka / kosmetik / ubat titis mata
  • Buang semua ubat titis mata setelah anak anda sihat